Wednesday, March 29, 2017

BEBERAPA tahun lalu, permintaan terhadap dobi konvensional menjadi antara trend terkini dan sentiasa meningkat saban tahun. Bahkan, kedai dobi itu tumbuh umpama cendawan selepas hujan didorong oleh permintaan yang bertambah sehingga dobi sedia ada tidak mampu menampung kapasiti tersebut. Dobi konvensional ketika itu menjadi pilihan kerana menawarkan perkhidmatan membasuh, melipat dan menggosok pakaian pelanggan, yang mana ia dilihat dapat membantu pelanggan menjimatkan masa mereka. Harga ditawarkan juga berpatutan dengan serendah RM2 sekilo bagi cucian harian, pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik. Namun, masa mengubah trend itu, kemasukan dobi layan diri telah menyebabkan pengguna mempunyai pilihan lebih luas, sekali gus menjadikan ia antara alternatif kepada dobi konvensional. Rentetan itu, dapat dilihat secara perlahan-lahan perniagaan dobi konvensional mula merudum sehingga terpaksa menamatkan operasi perniagaan dan ada juga usahawan yang turut beralih kepada dobi layan diri. Hari ini, dobi layan diri mengambil alih trend dobi konvensional dan terdapat lambakan khususnya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Pun begitu, masih ada dobi konvensional yang masih mampu bertahan dengan menawarkan perkhidmatan lain agar terus bersaing di dalam pasaran tersebut. Bagi usahawan dobi layan diri, mereka juga menganggap lambakan ketika ini sebagai persaingan sihat di kalangan usahawan. Namun, sekiranya ia terus tumbuh lebih rancak, secara tidak langsung sudah pasti akan memberi kesan kepada perniagaan masing-masing pada masa akan datang.

Friday, March 10, 2017

Commercial Laundry Equipment Market to Witness an Outstanding Growth by 2024

Laundry equipment is the equipment used in the process of washing clothes and linens. The commercial laundry equipment products comprises of dry cleaning equipment, presses, commercial dryers and washers. Such equipment provides laundry solutions to various industries including healthcare, hospitality, educational, and service industries. 
 
The commercial laundry equipment is segmented on the basis of operation types. They are, multi-housing, on-premises and vended. Vended laundry is also referred to as coin operated laundry and occupies spaces on long term leases. They are self-service and are composed of individual operators or owners. The on-premises laundry facility is installed at properties such as apartment spaces and comprises of a washer and dryer. The multi-housing laundry systems are usually installed by the landlords for the benefit of their tenants. They cater to the needs of each apartment and rental space with a complete washer and dryer set. The commercial laundry equipment is majorly contributed by the vended type as it saves time in carrying out the cleaning tasks.

The growth in commercial laundry equipment market can be primarily attributed to the growing demand for efficient laundry systems. As the population and levels of disposable income rises, there is a growing awareness among the people for hygienic and efficient cleaning systems. This triggers the growth of laundry stores to cater to such growing demand In addition, the government regulations for energy efficient systems in certain regions like North America are creating stiff competition among the vendors to come up with innovative features including the electronic controls. Such electronic controls combined with several other features automate the cleaning tasks thereby saving lot of time. Another factor contributing to the growth of commercial laundry equipment market is the initiatives taken by the healthcare industries to solve the issue of various cleaning jobs. Hospitals, clinics and nursing homes need to consistently launder a variety of items such as towels, bed sheets, rugs and mop heads thoroughly and effectively. High speed washing and cost efficiency are tow dominating factors for such health care facilities. This is driving the demand for highly programmable laundry equipment that can cater to the various washing needs ranging from personal items to mop heads.

However, cost of replacing the laundry equipment in the event of failure, is adversely affecting the growth of this market. The increasing cost of raw materials such as Nickel and Copper coupled with high installation costs makes laundry equipment replacement expensive. There many local vendors that offer repair services to the laundry equipment at an affordable price. Thus, users prefer to get their equipment repaired rather getting it replaced.

To tap the significant opportunities available in the emerging economies, the players in the market are offering their solutions beyond the national boundaries.
Industri francais sememangnya dikenal pasti antara sektor yang mampu menjana perolehan negara memandangkan ia mampu berkembang sekitar 15 peratus setahun. Setakat 2014, industri itu menyumbang 2.5 peratus iaitu RM26.15 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Persatuan Francais Malaysia (MFA) adalah salah satu organisasi bukan kerajaan yang diiktiraf kerajaan sebagai pihak yang mewakili pemain industri francais menyuarakan pandangan serta memastikan kerajaan terus memberi tumpuan kepada industri itu yang berpotensi dalam dunia keusahawanan negara.

Ikuti temubual Wartawan Bisnes Metro bersama Setiausaha Agung MFA, Shukri Salleh membincangkan pelbagai isu berkaitan industri francais tempatan.
Pada pandangan MFA apakah yang boleh disimpulkan mengenai industri francais tempatan pada tahun lalu?

Industri francais tempatan mempunyai potensi besar berkembang dan mampu menjadi ejen yang merangsang ekonomi negara dan kita melihat ia dibuktikan menerusi angka sumbangan kepada KDNK setiap tahun.
Pada 2015, daripada segi persekitaran perniagaan keseluruhannya, mengalami cabaran kerana beberapa perkara yang berlaku antaranya penyusutan nilai ringgit yang memberi kesan langsung kepada aktiviti perdagangan ke luar negara.

Namun dalam industri francais, kita tidak menerima kesan teruk situasi itu memandangkan industri ini mempunyai ciri operasi standard (SOP), kajian dan pembangunan perniagaan, pemasaran, penjenamaan dan kumpulan kerja yang teratur.

Industri ini dilihat mampu mengekalkan pertumbuhannya dengan adanya cawangan perniagaan yang banyak dan menyokong kelemahan pada cawangan di pasaran lain.
Bagaimana dengan prestasi syarikat tempatan yang berjaya menembusi perniagaan asing?
Di Malaysia, ada 797 syarikat francais yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan nisbah 70 peratus jenama tempatan dan 30 peratus jenama antarabangsa.

Setakat ini, lebih 60 syarikat tempatan menembusi pasaran asing dalam pelbagai sektor dan ini menunjukkan jenama francais kita memikat pengguna asing.
Angka ini dijangka meningkat setiap tahun dengan adanya langkah dilaksanakan kerajaan seperti mengadakan misi dagangan ke luar negara. Secara purata terdapat antara lapan hingga 10 misi dagangan disertai MFA.

MFA memainkan peranan penting dengan mengadakan kerjasama bukan saja di peringkat Asia Tenggara, malah global dengan mewujudkan jaringan kerjasama dengan persatuan francais di luar negara seperti di Korea, Filipina dan terbaru Turki.

Bagaimana dengan penyertaan usahawan Bumiputera dalam industri francais?
Menerusi angka pendaftaran 797 syarikat francais yang berdaftar di bawah KPDNKK, kita difahamkan terdapat lebih 396 syarikat Bumiputera menyertai bidang ini dan ia adalah sesuatu yang positif.
Setakat ini, ada 12 syarikat Bumiputera memasuki pasaran asing dengan separuh daripadanya dalam sektor makanan dan minuman.
Kita sentiasa memberi galakan kepada usahawan termasuk Bumiputera untuk menyertai industri francais kerana ia berpotensi dikembangkan di pasaran tempatan malah luar negara.
Setiap tahun MFA mengadakan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia dengan tahun ini pada 6 dan 8 Mei kelak.

Apakah sektor francais yang dilihat mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan dan asing?
Jika dilihat kepada penyertaan usahawan dalam bidang francais kebanyakan mereka memilih menyertai sektor makanan dan minuman memandangkan permintaannya sentiasa ada tidak kira di pasaran tempatan mahupun luar negara.

Sebenarnya, selain sektor yang dianggap sebagai tradisional, sektor lain yang mula mendapat perhatian usahawan francais tempatan ialah perkhidmatan dan pendidikan.
Antara sektor perkhidmatan yang mendapat perhatian ketika ini adalah perkhidmatan dobi layan diri yang mendapat sambutan daripada pengguna dan ia juga boleh diperluaskan di pasaran asing.
Di Malaysia, ada 10 jenama menyertai francais pendidikan kanak-kanak dan ada menembusi pasaran asing terutama di Timur Tenggah.

S: Adakah kesedaran usahawan tempatan untuk menyertai industri francais ini semakin meningkat?
Di Malaysia kita mempunyai banyak usahawan yang mempunyai pelbagai perniagaan berpotensi untuk difrancaiskan, tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai industri ini dan setakat ini pembabitan usahawan memuaskan.
Chukai: Terpaksa beratur selama hampir tujuh jam untuk giliran mencuci pakaian harian di dobi layan diri kerana terlalu ramai mangsa banjir mahu menggunakan kemudahan itu antara yang terpaksa dilalui mangsa banjir di sini.

Seorang mangsa Badariah Musa, 35, dari Geliga, dekat sini berkata, dia tidak mempunyai pilihan kerana premis berkenaan adalah satu-satunya kedai dobi layan diri yang ada di bandar ini dan menawarkan harga mencuci dan mengering pakaian jauh lebih murah berbanding kedai lain.

“Kebiasaannya harga di kedai dobi biasa RM2.80 hingga RM3 untuk sekilogram pakaian, tetapi lebih mahal iaitu RM3.50 pada musim hujan dan banjir ketika ini.

“Keadaan ini menyebabkan ramai mangsa banjir terpaksa mencari kedai yang lebih murah seperti dobi layan diri ini yang baru mengenakan RM6 untuk 14 kilogram pakaian.

“Hari ini (semalam) saya mula beratur pada jam 12.45 tengah hari dan giliran tiba pada jam 7.30 malam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mangsa banjir dari Batu 3, Jalan Air Putih, dekat sini, Yati Aksah, 42, turut berkongsi pengalaman sama apabila terpaksa beratur selama lima jam bermula jam 2.30 petang.
“Namun ia berbaloi kerana saya membawa kira-kira 10 beg pakaian seberat 140 kilogram yang basah akibat ditenggelami banjir dan bayaran mencuci di dobi layan diri ini baru RM60 berbanding dobi biasa yang jauh lebih mahal iaitu RM490.
“Dalam keadaan mangsa banjir yang sudah kerugian banyak wang ringgit dan harta benda kerana rumah ditenggelami air, sudah tentulah kami perlu berjimat cermat walaupun terpaksa menunggu lama,” katanya.

Situasi sama turut dilalui Nurnabila Sabri, 22, walaupun rumahnya di Mak Chili, dekat sini, tidak ditenggelami banjir kerana terletak di kawasan lebih tinggi berbanding sekitarnya.
“Cuaca mendung sepanjang minggu ini menyebabkan pakaian harian yang digunakan lambat kering sebab itu saya terpaksa ke kedai dobi walaupun perlu menunggu selama hampir dua jam,” katanya.
Kontraktor, Saiful Azmi Zakaria, 42, dari Bandar Baru Bukit Mentok, dekat sini, pula berkata, dia juga tidak mempunyai pilihan kerana mahukan harga yang lebih murah walaupun perlu menunggu selama berjam-jam.

“Kami berlindung di pusat pemindahan sementara jadi susah tentulah kedai dobi layan diri ini menjadi pilihan membasuh pakaian harian kami lima beranak,” katanya.
Putrajaya: Tinggal di perumahan apartmen kuarters kerajaan dengan ruang ampaian pakaian agak terhad dan sempit menyebabkan kebanyakan isi rumah di sini lebih suka memilih perkhidmatan dobi layan diri.

Disebabkan tidak perlu menunggu lama sehingga berhari-hari dan boleh selesai sekitar satu jam menjadi faktor penduduk di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, lebih suka menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Bukan saja dalam kalangan penduduk masih bujang, mereka yang sudah berkeluarga terutama mempunyai anak kecil turut memilih khidmat dobi layan diri.

Lebih-lebih lagi apabila mesin pengering disediakan di dobi layan diri sekali gus, pelanggan tidak perlu menjemur pakaian memandangkan ia boleh terus dilipat, disimpan atau dipakai semula.
Mengakui perkara itu, kakitangan kerajaan Yuhazreen Yusof, 35, berkata, dia sekeluarga sering mengunjungi khidmat dobi layan diri AquaNano di Presint 15 di sini, sejak ia dibuka September lalu untuk menggunakan khidmat pengering.

Dobi Layan Diri

BEBERAPA tahun lalu, permintaan terhadap dobi konvensional menjadi antara trend terkini dan sentiasa meningkat saban tahun. Bahkan, kedai dobi itu tumbuh umpama cendawan selepas hujan didorong oleh permintaan yang bertambah sehingga dobi sedia ada tidak mampu menampung kapasiti tersebut.
Dobi konvensional ketika itu menjadi pilihan kerana menawarkan perkhidmatan membasuh, melipat dan menggosok pakaian pelanggan, yang mana ia dilihat dapat membantu pelanggan menjimatkan masa mereka.
Harga ditawarkan juga berpatutan dengan serendah RM2 sekilo bagi cucian harian, pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik.
Namun, masa mengubah trend itu, kemasukan dobi layan diri telah menyebabkan pengguna mempunyai pilihan lebih luas, sekali gus menjadikan ia antara alternatif kepada dobi konvensional.
Rentetan itu, dapat dilihat secara perlahan-lahan perniagaan dobi konvensional mula merudum sehingga terpaksa menamatkan operasi perniagaan dan ada juga usahawan yang turut beralih kepada dobi layan diri.
Hari ini, dobi layan diri mengambil alih trend dobi konvensional dan terdapat lambakan khususnya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Pun begitu, masih ada dobi konvensional yang masih mampu bertahan dengan menawarkan perkhidmatan lain agar terus bersaing di dalam pasaran tersebut.
Bagi usahawan dobi layan diri, mereka juga menganggap lambakan ketika ini sebagai persaingan sihat di kalangan usahawan.
Namun, sekiranya ia terus tumbuh lebih rancak, secara tidak langsung sudah pasti akan memberi kesan kepada perniagaan masing-masing pada masa akan datang.