Friday, March 10, 2017

Putrajaya: Tinggal di perumahan apartmen kuarters kerajaan dengan ruang ampaian pakaian agak terhad dan sempit menyebabkan kebanyakan isi rumah di sini lebih suka memilih perkhidmatan dobi layan diri.

Disebabkan tidak perlu menunggu lama sehingga berhari-hari dan boleh selesai sekitar satu jam menjadi faktor penduduk di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, lebih suka menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Bukan saja dalam kalangan penduduk masih bujang, mereka yang sudah berkeluarga terutama mempunyai anak kecil turut memilih khidmat dobi layan diri.

Lebih-lebih lagi apabila mesin pengering disediakan di dobi layan diri sekali gus, pelanggan tidak perlu menjemur pakaian memandangkan ia boleh terus dilipat, disimpan atau dipakai semula.
Mengakui perkara itu, kakitangan kerajaan Yuhazreen Yusof, 35, berkata, dia sekeluarga sering mengunjungi khidmat dobi layan diri AquaNano di Presint 15 di sini, sejak ia dibuka September lalu untuk menggunakan khidmat pengering.