BEBERAPA tahun lalu, permintaan terhadap dobi konvensional menjadi antara trend terkini dan sentiasa meningkat saban tahun.
Bahkan, kedai dobi itu tumbuh umpama cendawan selepas hujan didorong
oleh permintaan yang bertambah sehingga dobi sedia ada tidak mampu
menampung kapasiti tersebut.
Dobi konvensional ketika itu menjadi pilihan kerana menawarkan
perkhidmatan membasuh, melipat dan menggosok pakaian pelanggan, yang
mana ia dilihat dapat membantu pelanggan menjimatkan masa mereka.
Harga ditawarkan juga berpatutan dengan serendah RM2 sekilo bagi cucian harian, pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik.
Namun, masa mengubah trend itu, kemasukan dobi layan diri telah
menyebabkan pengguna mempunyai pilihan lebih luas, sekali gus menjadikan
ia antara alternatif kepada dobi konvensional.
Rentetan itu, dapat dilihat secara perlahan-lahan perniagaan dobi
konvensional mula merudum sehingga terpaksa menamatkan operasi
perniagaan dan ada juga usahawan yang turut beralih kepada dobi layan
diri.
Hari ini, dobi layan diri mengambil alih trend dobi konvensional dan
terdapat lambakan khususnya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Pun begitu, masih ada dobi konvensional yang masih mampu bertahan
dengan menawarkan perkhidmatan lain agar terus bersaing di dalam pasaran
tersebut.
Bagi usahawan dobi layan diri, mereka juga menganggap lambakan ketika ini sebagai persaingan sihat di kalangan usahawan.
Namun, sekiranya ia terus tumbuh lebih rancak, secara tidak langsung
sudah pasti akan memberi kesan kepada perniagaan masing-masing pada masa
akan datang.
No comments:
Post a Comment